KEJAYAAN MARDI DAN BLACK G HASILKAN PRODUK HERBA BERMUTU TINGGI

Kajian Awal

Seawal tahun tahun 2010, Dr Zuraida Ab Rahman yang kini merupakan Pegawai Penyelidik Prinsipal Pusat Penyelidikan Bioteknologi dan Nanoteknologi MARDI telah memulakan kajian  dengan melakukan R&D selama hampir lima tahun bagi menghasilkan anak pokok kunyit hitam melalui kaedah tisu kultur.

Teknologi ini telah berjaya menghasilkan 3000 anak benih pokok daripada satu pokok tunggal. Kejayaan menghasilkan benih pokok dan penyelidikan  terhadap kandungan bioaktif fitokimia dalam kunyit hitam ini telah menarik minat Black G Sdn Bhd menjalinkan kolaborasi bagi membangunkan produk berasaskan kunyit hitam.

Kejayaan Dr Zuraida menghasilkan anak benih kunyit hitam melalui kaedah Tisu Kultur.
Laporan daripada RTM TV1 mengenai kejayaan kajian MARDI terhadap kunyit hitam.

Khasiat Kunyit Hitam Dalam Kehidupan Seharian

  • Anti oksidan yang baik (anti oksidan dalaman)
  • Mengurangkan risiko sakit otot, sakit kepala/perut.
  • Anti alergi , gastrik , obesiti.
  • Mencegah diabetik, paras glukosa darah yang rendah
  • Peningkatan aliran darah
  • Meningkatkan kekuatan dan tenaga, mengurangkan keletihan

Kolaborasi BLACK G SDN BHD & MARDI

Black G Sdn Bhd adalah sebuah syarikat Bumiputera yang ditubuhkan hasil daripada permuafakatan dua orang sahabat iaitu Tuan Haji Kamaruzaman Muda dan Tuan Haji Mohamad bin Jusoh yang berhasrat untuk menjadi pelopor nutraceutical premium di Malaysia dengan menghasilkan produk-produk kesihatan yang berkualiti tinggi di samping mengutamakan keselamatan pengguna.

Setelah beberapa perbincangan dibuat, pada tahun 2016, termenterai perjanjian kolaborasi di antara Black G Sdn Bhd bersama MARDI (Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia) di bawah tajuk “Evaluation, development and up-scaling of black ginger based product” yang diketuai oleh Dr Zuraida Ab Rahman sendiri demi merealisasikan hasrat untuk menghasilkan produk bagi membantu mengekalkan dan memperbaiki kesihatan dan kesejahteraan sejagat.

Ketua Pegawai Eksekutif Black G Sdn.Bhd Tuan Haji Mohamad bin Jusoh bersama Pegawai Penyelidik MARDI Dr Zuraida Ab Rahman

Hasil Kajian

Dengan dana yang disalurkan oleh Black G Sdn Bhd, Dr Zuraida bersama pasukannya telah melakukan penyelidikan hampir dua tahun lagi khusus bagi menghasilkan ekstrak dan seterusnya produk yang berkualiti tinggi daripada kunyit hitam ini. Penyelidikan ini telah menghasilkan empat rangkaian produk terawal yang dinamakan sebagai:

  • Black G Black Ginger PLUS Liquid
  • Black G Capsule Pure Extract
  • Black G Coffee  Premix
  • Black G Energy G Plus
Rangkaian produk Black G

Pada tanggal 13 Disember 2017, Black G dan MARDI telah mengadakan majlis pelancaran dan perasmian empat produk kesihatan yang berasaskan kunyit hitam tersebut sempena Malaysia Commercialisation Summit 2017.

Majlis Pelancaran Produk Black G

Pencapaian Anugerah

Produk-produk ini telah mendapat sambutan yang amat baik dan ini terbukti dengan hasil daripada R&D dan inovasi produk berasaskan kunyit hitam yang berkualiti tinggi ini, banyak  anugerah yang telah dimenangi antaranya di:

  • Pameran Antarabangsa Penciptaan, Inovasi & Teknologi Malaysia 2018 (ITEX 2018) / Pameran Teknologi Malaysia 2018 ITEX 2018 Anugerah pingat Perak
  • Persatuan Saintis Penyelidik Malaysia (MARS) Anugerah Pingat Emas
  • Promosi Penciptaan Korea (KIPA) Anugerah Khas
  • Hari Inovasi Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Anugerah Emas
  • Anugerah Saintis Muda/ Produk Paling Inovatif
  • Anugerah Saintis Muda: Kategori Inovasi

Pembelian produk BLACK G

Kepada mereka yang berminat untuk dapatkan produk-produk Black G boleh membuat pembelian secara ONLINE atau WHATSAPP. Klik button dibawah