KISAH AYAH G DAN MAK TAM – Part 1

Pagi ini terasa nyaman sekali.

Sesekali angin bertiup lembut menyapa wajah Ayah G yang sedari tadi asyik merenung tanah sekangkang kera di hadapan rumahnya yang telah lama tidak diusahakannya. Kopiah di kepalanya diangkat lalu diletakkan ke atas meja di depannya.

Sejak dua minggu ini terasa benar perubahan pada tubuh badannya. Rasanya macam kembali bertenaga. Semangatnya semakin membuak-buak.

“Aku nak usahakan la balik tanah depan tu… lama sangat dah terbiar..” getus Ayah G pada Mak Tam yang baru sampai daripada dapur sambil membawa dulang berisi dua cawan kopi dan dua bungkus nasi lemak kegemaran Ayah G untuk sarapan mereka berdua.

Sudah menjadi kebiasaan mereka bersarapan di serambi rumah sambil menikmati suasana pagi kampung yang menyenangkan.

“Eh..abang tu bukan ke baru je nak sihat.. biar la dulu” pintas Mak Tam. “Entahlah.. seminggu dua ni rasa sedap sangat badan ni.. dah rasa sihat benar. Cek semalam dekat klinik kesihatan pun bacaan darah tinggi dan kencing manis dah semakin turun.. badan pun dah tak rasa letih-letih lagi. Biar la… boleh keluar peluh sikit..”

“Eh..abang nak tanam apa? Minum la kopi tu dulu.. karang sejuk pula” Mak Tam mencelah.

“Ada la….”  Ayah G cuba berahsia.

Kopi Black G Kunyit Hitam disisip perlahan. Terasa nikmat dan menyegarkan. Lebih sedap daripada kopi di warung sebelah surau yang selalu dikunjunginya sebelum ini. Bukan sahaja sedap, malah berkhasiat untuk kesihatan pula.

Baru dua minggu lepas anaknya Husin yang bekerja di bandar membawa balik bersama Kapsul Kunyit Hitam Black G untuk dicubanya. Nampaknya kunyit hitam ini betul-betul serasi dengan tubuh badannya. Baru dua minggu dia makan kapsul kunyit hitam Black G ni sebelum sarapan dan ditambah pula dengan meminum kopinya semasa sarapan pagi kesihatannya kembali beransur pulih.

Semenjak itu, teruja benar Ayah G dengan kunyit hitam. Dulu masa dia kecil, memanglah selalu emaknya menyebut-nyebut khasiat kunyit hitam ini. Ada sepokok yang ditanam di dalam pasu sentiasa dijaga dengan baik. Tapi pada masa itu, sedikit pun tidak diendahkannya.

Tiba-tiba Ayah G bingkas bangun. Kunci motor di atas meja segera diambil. Kopiah putihnya turut dicapai lalu dipakai. Tergesa-gesa dia menuruni tangga rumah meninggalkan Mak Tam yang kebingungan.

“Eh..nak ke mana pula tu?”

“Aku nak ke pekan sekejap…” sahut Ayah G sambil menyetat motor buruk kesayangannya. Bersambung……

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *