Sabun-Kunyit-Hitam-Black-G

Sabun kunyit hitam Black G, fungsi dan kelebihannya

Syarikat Black G Sdn Bhd telah mengorak langkah ke hadapan lagi iaitu berjaya menghasilkan produk sabun dan scrub berasaskan kunyit hitam yang diberi nama Black G Soap & Scrub. Ianya merupakan sabun dan scrub pertama di Malaysia yang dihasilkan berasaskan kunyit hitam.

Produk baru ini telah dilancarkan pada 15 Febuari 2020 (Sabtu) dan majlis pelancaran produk diadakan di Dewan Auditorium Institut Kraf Negara, Rawang Selangor.

CEO Black G Sdn. Bhd Tuan Haji Mohamad Bin Jusoh bersama dengan produk terbarunya Black G Soap & Scrub
Majlis Pelancaran produk baru Black G Soap & Scrub

Bahan – bahan utama

Sabun kunyit hitam Black G ini adalah sabun kecantikan yang diformulasikan khusus menggunakan bahan semulajadi yang terpilih dan banyak khasiatnya. Mengikut CEO Black G Sdn Bhd, Tuan Haji Mohamad Bin Jusoh berkata, beliau dan MARDI telah pun membuat kajian berkenaan sabun ini bermula dari tahun 2017 lagi.

Kajian tersebut adalah untuk mencari bahan/herba lain yang terbaik dan sesuai untuk digabungkan bersama dengan kunyit hitam dalam menghasilkan sabun. Dalam masa tersebut sebanyak lebih kurang 13 sampel sabun semulajadi yang lain telah dikaji dan akhirnya 5 bahan yang terbaik telah dipilih.

Antara bahan utama yang terdapat dalam sabun ini adalah:

  1. Ekstrak Kunyit hitam (Kaempferia Parviflora Extract)
  2. Minyak Argan (Argania Spinosa kernel Oil)
  3. Minyak Kayu Putih (Tea tree Oil)
  4. Arang buluh teraktif (Bamboo activated Charcoal)
  5. Kelapa (Cocos Nucifera Fiber)

Sekarang saya akan cuba terangkan khasiat setiap bahan tersebut secara ringkas.

1. Ekstrak Kunyit hitam (Kaempferia Parviflora Extract)

Seperti diketahui umum kunyit hitam Kaempferia Parviflora ini kaya dengan Bioflavonoid Methoxyflavones . Penerangan detail mengenai khasiat kunyit hitam ini telah pun saya terangkan sebelum ini – klik sini

2. Minyak Argan (Argania Spinosa kernel Oil)

Minyak argan juga kaya dengan anti oksidan, Omega -6 dan asid linoleic. Asid linoleic adalah satu bahan penting untuk ceramides. Ceramides ini pula adalah satu lapisan lemak semula jadi yang berkepekatan tinggi yang berada di lapisan atas kulit.

Senang cerita cermides ni sebagai pelindung dan juga agen pelembab semulajadi kepada kulit kita. Badan kita tidak boleh hasilkan lemak penting ini, jadi kita perlu mendapatkannya dari makanan atau meletakkannya pada kulit kita.

Asid linoleik membantu menjadikan skin barrier menjadi lebih kuat agar ia dapat memelihara air yang masuk lebih efektif dan memelihara daripada keradangan pada kulit. Supaya kulit kita sentiasa pada kelembapan yang stabil dan tidak terhidrat. Ianya dikatakan juga dapat membantu mengurangkan jerawat. Bagus minyak argan ni

3. Minyak Kayu Putih (Tea tree Oil)

Minyak kayu putih ini lebih dikenali dengan nama Tea Tree Oil. Ia merupakan minyak pati yang diperolehi daripada pokok Melaleuca Alternifolia yang berasal daripada Australia. Minyak kayu putih ini digunakan untuk tujuan mengubati pelbagai masalah berkaitan kulit kerana mempunyai sifat antibakteria dan antiseptik. Tidak hairanlah ia sentiasa menjadi pilihan utama kepada mereka yang mempunyai masalah kulit.

4. Arang buluh teraktif (Bamboo activated Charcoal)

Arang buluh / Bamboo Charcoal ini memilikibanyak manfaat untuk perawatan kecantikan. Sifatnya dikatakan mampu menyerap minyak dan kotoran dan ianya sangat baik untuk membersihkan kulit wajah. Arang buluh ini juga mampu untuk menarik bateria, racun, bahan kimia, kotoran dan sel-sel virus kecil yang terdapat pada kulit kita.

5. Kelapa (Cocos Nucifera Fiber)

Penggunaan kelapa dalam menghasilkan produk skincare memang tidak dapat dinafikan lagi. Kelebihannya ialah ia dapat menyahtoksik kulit dengan mengeluarkan toksin yang membantu menghilangkan jerawat.

Ia mempunyai ciri antibakteria, antikulat, antioksidan dan antimikrob yang membantu meringankan keradangan, melawan jangkitan jerawat dan melembabkan kulit kering merah yang boleh menyebabkan jerawat. Didalam sabun kunyit hitam Black G ini ianya lebih digunakan sebagai scrub untuk membersihkan segala kotaran pada muka dan badan.

Fungsi dan kelebihan

Daripada bahan-bahan utama yang terdapat dalam sabun ini, sememangnya Black G Sdn Bhd sentiasa memilih kualiti yang terbaik dalam penghasilan sabun ini. Black G memberi jaminan bahawa sabun ini 100% tulen, ramuan semulajadi, tiada bahan kimia yang merbahaya ( bebas SLS, Paraben, hydroquinone, merkuri, dsb) , tiada bahan perangsang.

Fungsi sabun ini adalah untuk membantu:

  1. Menanggalkan dan membersihkan sel-sel kulit mati
  2. Menanggalkan kesan minyak dan kotoran pada liang-liang pori.
  3. Menyegarkan serta mencerahkan kulit.

Ciri – ciri dan Bentuk Fizikal

Sabun kunyit hitam Black G ini sejenis sabun solid (tidak liquid), berbentuk bujur dan warnanya berwarna hitam. Baunya harum fresh. Anda akan dapati ada logo Black G ditengah-tengah sabun ini. Saiznya ~ 7.5 cm panjang x 5.5 cm lebar dan ketebalan 2.5 cm. Berat bersih 90gram dan berat sekali dengan packaging 100gram

Bentuk fizikal Soap & Scrub Black G
Packaging Soap & Scrub Black G

Bila anda lihat dari sebelah sisi anda akan dapati sabun ini memiliki 2 lapisan yang berbeza teksturnya. Lapisan atas lebih licin dan sesuai untuk rawatan secara lebut seperti untuk kecantikan manakala lapisan bawah seperti ada serat-serat kelapa sedikit iaitu sesuai untuk rawatan scrub. Jadinya dalam satu sabun kita dapat fungsinya 2 in 1, Soap & Scrub.. menarik kan.

Sabun kunyit hitam Black G ini boleh tahan sehingga 2 ke 3 bulan mengikut kadar biasa penggunaan ( 2 ke 3 kali sehari). Sabun ini didatangkan dengan packaging yang menarik iaitu kotak bercorak batu marmar/marble dan tampak eksklusif.

Cara penggunaan

Cara penggunaan sabun kunyit hitam ini sama sahaja seperti sabun biasa. Basahkan muka / badan dengan air bersih, dan sapukan sabun kebahagian berkenaan. Kemudian bilas dengan air bersih sehingga bersih. Boleh digunakan untuk semua peringkat umur kecuali bayi.

Sabun ini juga sesuai digunakan untuk semua jenis kulit samada kulit kering, berminyak atau kombinasi.

Harga dan cara mendapatkannya

Harga bagi sabun kunyit hitam Black G ini adalah:

RM 59.00 (Semenanjung)
RM 65.00 (Sabah & Sarawak)

Bagi yang berminat untuk dapatkan sabun kunyit hitam ini boleh dibuat secara pembelian online dan juga whatsapp. Klik button dibawah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *